Pages

Monday, August 16, 2010

KELONGGARAN PENDIDIKAN

PENGHAPUSAN UPSR & PMR

Soalan: Cadangan Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah menarik perhatian pelbagai pihak. Sesetengah pihak menyatakan bahawa pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini dapat membawa kebaikan kepada masyarakat mahupun negara.
Pada pendapat anda, sejauh manakah pemansuhan UPSR dan PMR membawa kebaikan
kepada kita.
Jawapan cadangan:
KESAN POSITIF

Pengumuman Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan ujian khas iaitu sistem pentaksiran berasaskan sekolah bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh pastinya melegakan ibu bapa. Walaupun keputusan memansuhkan atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum dimuktamadkan lagi, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi telah menyatakan pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan ibu bapa mengenai masa depan anak-anak mereka, khususnya dalam soal penempatan di sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Ketika ini masih banyak persoalan mengenai kebaikan dan keburukan pemansuhan UPSR dan PMR. Secara amnya, pemansuhan UPSR dan PMR bukan sahaja memberi kebaikan kepada kita, tetapi juga meninggalkan kesan buruk dalam kalangan pelajar.
Pemansuhan UPSR dan PMR memberi kebaikan kepada negara dengan menjimatkan
kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan.Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan pembayaran gaji pembayaran untuk penggubal dan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara. Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran asing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi.Maka, keadaan defisit dalam akaun negara dapat dibaik pulih dengan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR .
Hal berkaitan pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban pelajar dan
guru sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini
membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Hal ini demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan ini, beban pelajar untukmenghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapat dikurangkan. Pemansuhan UPSR danPMR meringankan beban guru apabila para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelastambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap hari. Jelasnya, pemansuhanUPSR dan PMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru.
Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelab mahupun permainan. Pertandingan lari berganti-ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainya turut menjadi pilihan utama aktiviti sukan yang juga merupakan pilihan kegemaran para pelajar. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa. Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang diwajibkan di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan PMR yang meliputi subjek -subjek penting. Oleh itu, jelasnya bahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan kokurikulum.

KESAN NEGATIF
Pemansuhan UPSR dan PMR bukan sahaja memberi kesan positif kepada kita, malah turut meninggalkan beberapa kesan buruk. Pemansuhan UPSR dan PMR akan mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya sebelum menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yangmenunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM akan memperlihatkan pola yang merosot. Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSRdan PMR, pelajar akan mendapat pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalam UPSR di peringkat sekolah rendah sebelum mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolah menengah. Dengan ini, kesilapan yang pertama boleh dibaikpulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggi untuk menduduki peperiksaan SPM selepas melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat percubaan untuk kecemerlangan dalam SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar dalam peperiksaan amat penting untuk menjamin peningkatan bilangan pelajar yang
cemerlang dalam SPM.
Selain itu, pemansuhan UPSRdan PMR turut menjejaskan penilaian terhadap tahap pretasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standart. Hal ini demikian, kerana guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai perkembangan pretasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengiri. Tambahan lagi, UPSR juga penting untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah lagi. PMR pula juga penting kerana ia dapat menentukan arah aliran yang bakal diambil oleh pelajar sebelum mereka memasuki tingkatan empat dan lima di samping menilai keupayaan pelajar dalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar yang standart.
Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangkan budaya saling bersaing di sekolah rendah dan sekolah menengah bawah. Budaya saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untuk memberi dorongan kepada pelajar lain supaya mempertingkatkan pretasi mereka.Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan diutamakan berbanding dengan ujian bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu, pemansuhan UPSR danPMR akan meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi pelajar. Sebagai kesannya, para pelajar hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satu sama lain. Tegasnya, pemansuhan UPSR dan PMR wajar dibatalkan supaya mengekalkan budaya saling bersaing daripada lenyap semasa ketibaan SPM nanti.
Tindakan memansuhkan UPSR dan PMR boleh menyumbangkan kepada peningkatan gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar khususnya pelajar sekolah rendah. Hal ini demikian, kerana pelajar menganggap bahawa kehadiran ke sekolah seolah-olah sia-sia dan membuang masa serta boleh diabaikan tanpa perlunya pemikiran dan alasan yangberpatutan. Ketiadaan peperiksaan UPSR dan PMR boleh menjadi alasan bagi pelajar yang ponteng sekolah. Bagi pelajar sekolah rendah yang semangat hadir ke sekolah, pasti suatu hari nanti mereka akan terasa sesak dan seolah-olah belajar tanpa tujuan. Maka, tidak hairanlah apabila mereka lebih mengutamakan perkara lain seperti menghadiri kenduri ,mengunjungi pusat beli belah dan seumpamanya yang menjadi menu utama selepas pemansuhan UPSR dan PMR. Mereka juga berpendapat bahawa sukatan pembelajaran hanya diuji dalam ujian bulanan biasa sahaja sebaliknya bukan lagi penting untuk kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam UPSR dan PMR sekiranya kedua-dua peperiksaan awam itu dimansuhkan. Kesannya, pelajar tidak mementingkan kehadiran ke sekolah sebaliknya meletakkan kepentingan terhadap perkara lain. Oleh itu, jelasnya pemansuhan UPSR dan PMR akan menggalakkan gejala ponteng sekolah.
Kesimpulannya, pemansuhan UPSR dan PMR sememangnya meninggalkan kesan positif dan kesan negatif kepada masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar.Walaubagaimanapun, keputusan memansuhkan atau mengekalkan kedua-dua peperiksaanitu belum dimuktamadkan lagi. Sebagai ibu bapa, kita memerlukan keputusan terbaik diambil oleh kerajaan dalam situasi menang-menang, sekali gus tidak menjejaskan pembelajaran murid. Sudah pasti ibu bapa mahu melihat alternatif lebih baik jika UPSR dan PMR dimansuhkan. Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada sesi penggulungan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RM Ke -10) di Dewan Rakyat iaitu memperkenalkan sistem pentaksiran berasaskan sekolah bagi mengganti sistem peperiksaan adalah antara pendekatan yang mungkin diambil bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara. Oleh itu, kita mengharap sistem pentaksiran ini dapat mencapai matlamat negara untuk melahirkan modal insan serba boleh yangmempunyai keterampilan tinggi.

http://www.scribd.com/doc/33883080/Kebaikan-Dan-Keburukan-Pemansuhan-UPSR-Dan-PMR

No comments: