Internet ialah gabungan perkataan “International” dan “Networking”. Ia
merupakan jaringan atau rangkaian komputer yang terbesar. Ia meliputi
sesuatu kawasan yang mencakupi local area dan global.
Internet membolehkan manusia di seluruh dunia berkomunikasi di antara satu
sama lain dalam kadar masa yang cepat dan murah. Sesiapa saja boleh
mendapat pelbagai maklumat yang berguna dengan menggunakan
internet.
SEJARAH INTERNET
Berikut sejarah kemunculan dan perkembangan internet.
Sejarah internet dimulai pada 1969 ketika Departemen Pertahanan Amerika, U.S. Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) memutuskan untuk mengadakan riset tentang bagaimana caranya menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk jaringan organik. Program riset ini dikenal dengan nama ARPANET. Pada 1970, sudah lebih dari 10 komputer yang berhasil dihubungkan satu sama lain sehingga mereka bisa saling berkomunikasi dan membentuk sebuah jaringan.
Tahun 1972, Roy Tomlinson berhasil menyempurnakan program e-mail yang ia ciptakan setahun yang lalu untuk ARPANET. Program e-mail ini begitu mudah sehingga langsung menjadi populer. Pada tahun yang sama, icon @juga diperkenalkan sebagai lambang penting yang menunjukkan "at" atau "pada". Tahun 1973, jaringan komputer ARPANET mulai dikembangkan ke luar Amerika Serikat. Komputer University College di London merupakan komputer pertama yang ada di luar Amerika yang menjadi anggota jaringan Arpanet. Pada tahun yang sama, dua orang ahli komputer yakni Vinton Cerf dan Bob Kahn mempresentasikan sebuah gagasan yang lebih besar, yang menjadi cikal bakal pemikiran internet. Ide ini dipresentasikan untuk pertama kalinya di Universitas Sussex.
Hari bersejarah berikutnya adalah tanggal 26 Maret 1976, ketika Ratu Inggris berhasil mengirimkan e-mail dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, sudah lebih dari 100 komputer yang bergabung di ARPANET membentuk sebuah jaringan atau network. Pada 1979, Tom Truscott, Jim Ellis dan Steve Bellovin, menciptakan newsgroups pertama yang diberi nama USENET. Tahun 1981 France Telecom menciptakan gebrakan dengan meluncurkan telpon televisi pertama, dimana orang bisa saling menelpon sambil berhubungan dengan video link.
Karena komputer yang membentuk jaringan semakin hari semakin banyak, maka dibutuhkan sebuah protokol resmi yang diakui oleh semua jaringan. Pada tahun 1982 dibentuk Transmission Control Protocol atau TCP dan Internet Protokol atau IP yang kita kenal semua. Sementara itu di Eropa muncul jaringan komputer tandingan yang dikenal dengan Eunet, yang menyediakan jasa jaringan komputer di negara-negara Belanda, Inggris, Denmark dan Swedia. Jaringan Eunet menyediakan jasa e-mail dan newsgroup USENET.
Untuk menyeragamkan alamat di jaringan komputer yang ada, maka pada tahun 1984 diperkenalkan sistem nama domain, yang kini kita kenal dengan DNS atau Domain Name System. Komputer yang tersambung dengan jaringan yang ada sudah melebihi 1000 komputer lebih. Pada 1987 jumlah komputer yang tersambung ke jaringan melonjak 10 kali lipat menjadi 10.000 lebih.
Tahun 1988, Jarko Oikarinen dari Finland menemukan dan sekaligus memperkenalkan IRC atau Internet Relay Chat. Setahun kemudian, jumlah komputer yang saling berhubungan kembali melonjak 10 kali lipat dalam setahun. Tak kurang dari 100.000 komputer kini membentuk sebuah jaringan. Tahun 1990 adalah tahun yang paling bersejarah, ketika Tim Berners Lee menemukan program editor dan browser yang bisa menjelajah antara satu komputer dengan komputer yang lainnya, yang membentuk jaringan itu. Program inilah yang disebut www, atau Worl Wide Web.
Tahun 1992, komputer yang saling tersambung membentuk jaringan sudah melampaui sejuta komputer, dan di tahun yang sama muncul istilah surfing the internet. Tahun 1994, situs internet telah tumbuh menjadi 3000 alamat halaman, dan untuk pertama kalinya virtual-shopping atau e-retail muncul di internet. Dunia langsung berubah. Di tahun yang sama Yahoo! didirikan, yang juga sekaligus kelahiran Netscape Navigator 1.0.
PROTOKOL KOMUNIKASI
Internet merupakan suatu sistem komunikasi yang menggunakan sambungan fizikal (biasanya taliantelefon) untuk menyambungkan komputer ke jaringan komputer. Internet menggunakan prosedurkomunikasi piawai yang berkomunikasi dengan komputer lain.
Protokol ialah satu set panduan atau "bahasa" yang digunakan oleh komputer untukberkomunikasi dalam suatu rangkaian. Protocol khas ini dikenali sebagai Perisian KawalanPenghantaran/Protokol Internet, (Transmission Control Program/Internet Protocol) atausingkatannya TCP/IP.
Internet juga dikenali sebagai rangkaian suis paket kerana setiap data yang melaluinya akan dipecahkankepada paket yang kecil. Setiap paket dihantar secara berasingan melalui satu suis bersiri yang dinamaipenghala (router). Sebaik sahaja sampai ke distinasinya, paket itu dicantumkan menjadi satu sepertibentuk asal. TCP dan IP merupakan dua protokol yang bertugas untuk memecahkan data menjadi paket,menghalakannya melalui internet, dan kemudian mencantumkannya semula apabila tiba di destinasi yangdituju.
POLISI PENGGUNAAN INTERNET DI PERBENDAHARAAN
1. Pengguna yang menggunakan aplikasi web adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas maklumat yang dikunci
masuk.
2. Pengguna tidak dibenar menyumbangkan perkara-perkara bertentangan dengan Perintah Am Kerajaan kepada
mana-mana laman web tanpa kebenaran Ketua Jabatan.
3. Pengguna tidak dibenarkan membuat capaian kepada bahan-bahan terlarang dan menggunakan sebarang perisian
judi atau seumpamanya dengan menggunakan kemudahan pejabat.
4. Permainan komputer adalah tidak dibenarkan semasa waktu pejabat.
5. Pengguna tidak dibenarkan melanggan kepada mana-mana mailing list yang tidak berkaitan dengan tugas.
6. Aktiviti chatting adalah tidak dibenarkan ketika waktu pejabat atau waktu-waktu yang memerlukan kelajuan
rangkaian.
7. Aktiviti muat turun (download) atau muat naik (upload) sebarang perisian cetak rompak adalah dilarang.
8. Pengguna tidak dibenarkan melayari laman-laman yang tidak berkaitan dengan tugas di waktu pejabat.
9. Pentadbir rangkaian ICT di Perbendaharaan adalah diberi kuasa untuk menjana laporan capaian rangkaian dan
internet setiap pengguna kepada pihak pengurusan.
KEPENTINGAN INTERNET
Apabila kita disambungkan ke Internet, ini bermaksud kita telah disambungkan kepada berjuta-juta
komputer di seluruh dunia yang menawarkan pelbagai peluang dan perkhidmatan. Antara kepentingan
dan kemudahan Internet adalah seperti berikut :
(a) Menggunakan mel elektronik (e-mel) yang mudah dan pantas. Mesej elektronik atau e-mel
membolehkan berita/mesej/maklumat dihantar atau diterima oleh sesiapa saja di seluruh
pelusuk dunia yang disambungkan ke Internet. Perkhidmatan e-mel secara percuma adalah
seperti hotmail dan yahoo ;
(b) Melayari laman web menggunakan web browser contohnya seperti Internet Explorer, Netscape
Navigator, Mosaic dan menggunakan search engine seperti Yahoo, Googles, Alta Vista ;
(c) Berbincang dan bertukar-tukar idea dan maklumat menerusi kumpulan-kumpulan tertentu
(Newsgroups) secara aktif ;
(d) Berbual-bual secara virtual dengan orang lain, tidak kira dekat atau jauh,di dalam atau luar
negeri, samada dikenali atau tidak, menerusi chat group seperti Internet Relay Chat (IRC) ;
(e) Memuat turun (download) perisian tertentu dan terkini secara percuma atau berbayar ;
(f) Online banking atau perbankan elektronik membolehkan pengguna mengemaskini akaun
bank, membuat transaksi, membuat pembayaran bil dan sebagainya ;
(g) Membeli belah atas talian dari jarak jauh (teleshopping), membuat tempahan percutian atau
tempahan tiket ;
(h) Melabur atau menanam modal (investments). Broker-broker saham dan pelabur-pelabur
boleh mengakses maklumat perniagaan untuk bursa-bursa saham regional melalui Internet.
Dari sini, pelabur-pelabur dapat keterangan yang cukup jelas mengenai sesuatu syarikat
sebelum melibatkan diri dengan membeli saham syarikat tersebut untuk tujuan pelaburan ;
(j) Internet juga membolehkan perdagangan elektronik (Electronic Commerce). Banyak syarikat
menggunakan web sebagai komunikasi online yang cepat dan selamat untuk berhubung dengan
para rakan niaga dan para pembekal seperti pengeksport, pihak kastam, institusi kewangan
dan insurans, pengangkutan dan pengimport ;
(k) Membuka peluang pekerjaan dimana orang ramai boleh mencari dan memohon pekerjaan
secara online. Mereka juga boleh bekerja dari rumah tanpa perlu membuka pejabat atau
pergi ke pejabat (teleworking) ;
(l) Peluang mendapat pendidikan global. Pelajar dan guru boleh mendapat maklumat untuk
kajian atau tugasan melalui Internet di mana-mana portal pendidikan atau perpustakaan
elektronik. Orang ramai juga dapat mengikuti pengajian secara online atau jarak jauh dengan
universiti tempatan atau luar negara.
No comments:
Post a Comment