Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Gemuruh + Malu + Takut = ???
itulah perasaan seorang guru pelatih seperti saya
memulakan langkah pertamanya ke sekolah untuk menimba pengalaman baru
bagi PBS 1 ini saya telah memilih sekolah...
Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya, Kunak, Sabah ^ ^ |
Namun, saya tidak bersendirian
Rakan - rakan seperjuangan di SMK Kunak dahulu menemani
Maisah & Mizah^^
Maisah |
Mizah^^ |
Walaupun masing - masing datang dari IPG yang berlainan
IPGKTB
IPGKTHO
IPGK Tawau
Kami mempunyai misi yang sama iaitu...
Menimba sebanyak pengalaman untuk dibawa sebagai bekalan seorang guru pelatih
Alhamdulillah~
Kehadiran kami disambut mesra oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ini
kejutan bagi kami juga kerana Pk Hem ini merupakan bekas guru BI
Pn. Nor Hayati binti Dawood
Kami ketika sekolah menengah dahulu
Pada mulanya "teacher" tidak kenal kami... hu3...
Tapi lepas sebut SMK Kunak
Selepas itu barulah dia sedar bahawa kami bekas pelajarnya ^^
Sepanjang kami "berPBS" di sini "teacher" banyak tolong kami
Maklumlah kami ini budak baru belajar
Masih memerlukan banyak tunjuk ajar daripada yang berpengalaman
Apa yang telah saya pelajari???
1. Pemulihan
Pada mulanya saya langsung tidak tahu mengenai kelas pemulihan
Kelas ini dilaksanakan khas untuk membantu murid - murid
yang masih belum dapat menguasai kemahiran membaca & mengira
Bilik khas untuk pemulihan disediakan di sekolah ini
Cantik hiasan dan warna yang terdapat di bilik itu
Memang menarik perhatian murid - murid untuk belajar
2. Cara mengajar
Selepas masuk ke beberapa kelas
dan menemuramah beberapa guru di sekolah itu
Kami telah mempelajari cara seseorang guru mengawal murid - murid di kelas
Murid yang pandai akan mengajar rakannya yang kurang pandai
Mereka akan dapat berkongsi ilmu dan mengeratkan tali persahabatan
3. Ketabahan
Cara seseorang guru itu untuk memotivasikan dirinya
Meletakkan gambar - gambar orang yang tersayang pada meja
Ini akan menambahkan semangat dan mengubati kerinduan bagi ahli keluarganya yang jauh^^
Terutamanya apabila anak belajar di luar negara dan jarang dapat berjumpa
4. Keceriaan di wajah murid - murid
Wajah - wajah ceria yang terpancar di wajah mereka
apabila seorang guru masuk ke kelas
dan sikap keanak - anakkan mereka bagi murid tahap 1
sangat comel^^
Kelas 2A |
memberikan semangat untuk seorang guru menyampaikan ilmu kepada mereka
"Ya Allah bantulah kami untuk mengharungi perjalanan ini. Perjalanan untuk menjadi seorang guru. Semoga kami dapat menyampaikan ilmu yang baik dan berguna kepada mereka. Semoga mereka menjadi seorang insan yang mengingatiMu, berbakti kepada ibu bapa, masyarakat & negara.
Amin~ ^ ^
No comments:
Post a Comment