KEPENTINGAN INTERNET
Apabila kita disambungkan ke Internet, ini bermaksud kita telah disambungkan kepada berjuta-juta
komputer di seluruh dunia yang menawarkan pelbagai peluang dan perkhidmatan. Antara kepentingan
dan kemudahan Internet adalah seperti berikut :
(a) Menggunakan mel elektronik (e-mel) yang mudah dan pantas. Mesej elektronik atau e-mel
membolehkan berita/mesej/maklumat dihantar atau diterima oleh sesiapa saja di seluruh
pelusuk dunia yang disambungkan ke Internet. Perkhidmatan e-mel secara percuma adalah
seperti hotmail dan yahoo ;
(b) Melayari laman web menggunakan web browser contohnya seperti Internet Explorer, Netscape
Navigator, Mosaic dan menggunakan search engine seperti Yahoo, Googles, Alta Vista ;
(c) Berbincang dan bertukar-tukar idea dan maklumat menerusi kumpulan-kumpulan tertentu
(Newsgroups) secara aktif ;
(d) Berbual-bual secara virtual dengan orang lain, tidak kira dekat atau jauh,di dalam atau luar
negeri, samada dikenali atau tidak, menerusi chat group seperti Internet Relay Chat (IRC) ;
(e) Memuat turun (download) perisian tertentu dan terkini secara percuma atau berbayar ;
(f) Online banking atau perbankan elektronik membolehkan pengguna mengemaskini akaun
bank, membuat transaksi, membuat pembayaran bil dan sebagainya ;
(g) Membeli belah atas talian dari jarak jauh (teleshopping), membuat tempahan percutian atau
tempahan tiket ;
(h) Melabur atau menanam modal (investments). Broker-broker saham dan pelabur-pelabur
boleh mengakses maklumat perniagaan untuk bursa-bursa saham regional melalui Internet.
Dari sini, pelabur-pelabur dapat keterangan yang cukup jelas mengenai sesuatu syarikat
sebelum melibatkan diri dengan membeli saham syarikat tersebut untuk tujuan pelaburan ;
(j) Internet juga membolehkan perdagangan elektronik (Electronic Commerce). Banyak syarikat
menggunakan web sebagai komunikasi online yang cepat dan selamat untuk berhubung dengan
para rakan niaga dan para pembekal seperti pengeksport, pihak kastam, institusi kewangan
dan insurans, pengangkutan dan pengimport ;
(k) Membuka peluang pekerjaan dimana orang ramai boleh mencari dan memohon pekerjaan
secara online. Mereka juga boleh bekerja dari rumah tanpa perlu membuka pejabat atau
pergi ke pejabat (teleworking) ;
(l) Peluang mendapat pendidikan global. Pelajar dan guru boleh mendapat maklumat untuk
kajian atau tugasan melalui Internet di mana-mana portal pendidikan atau perpustakaan
elektronik. Orang ramai juga dapat mengikuti pengajian secara online atau jarak jauh dengan
universiti tempatan atau luar negara.